Photobucket

Friday, 16 March 2012

....cukuplah aku mencintainya dalam diam.....

Cukuplah cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memiliki 
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won't touch her
Not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
then you can do it the halal way...

" sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah,
mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah,
maka beerti dia telah sempurna imannya."
(HR. Al-Hakim)




Wednesday, 14 March 2012

wanita dari rusuk lelaki



 

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

cinta untukMu


Ya Allah
Terangilah jalan hidupku
Dengan cahaya nur-Mu
Bimbinglah daku dengan jalan yang kau redhai
Tuhanku…
Malam syahdu ini ku merayu
Ampunilah…
Segala dosaku yang lalu
Sujudku…
Mendambakan keredhaanmu
Tempatkanlah daku di dalam rahmatku
Suburkan jiwaku dan keimanan
Hanya padamu oh tuhan
Ku sandarkan harapan…………..

Syurga adalah kelazatan…Terbentang luas buat hamba yang beriman.. untuk seseorang yang kasih akan Allah, kasih akan Rasul-Nya, dan juga kasih akan agamanya….. siapakah yang lebih mulia, dari mereka yang tidak penah lupa akan-Nya… janji Allah adalah kepastian dan nikmat syurga yang teramat indah…. “YA Allah Ya Tuhanku.. yang mengubah kalbu, tetapkanlah hatiku.. moga sentiasa dalam agamamu dan taat setia akan perintahmu…..”



Tuesday, 13 March 2012

Ya Allah... aku sangat mencintaiNya...

Ya Allah ya Tuhanku
kau pertemukanlah jodoh antara kami.. 
sesungguhnya kau sangat mencintainya...
kau jadikanlah isteri yang solehah... 
dan ciptakan aku suami yang soleh
yang boleh memimpin aku dan anak2 aku
ke jalan-Mu YaAllah...
kau berilah kami kebahagiaan dan kuatkanlah keimanan kepada kami...
kurniakanlah kami anak2 yang soleh dan solehan
serta yang cerdik pandai...
Ya Allah...

kau jadikan kami sebuah keluarga 
yang bahagia di dunia dan di akhirat...
Amin YaRabbal Alamin...... 








Saturday, 3 March 2012

Doa dari seorang kekasih.....

Ya Allah....
jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertakwa....
pemimpin yang berguna ubtuk orang-orang telah aku pimpin.....
jadikanlah aku qudwah yang solehah....
dan kurniakanlah aku ahli keluarga yang memahami islam....
kau semaikanlah iman di dalam hati kami dan rela berkorban untuk islam......

Ya Allah... bimbinglah aku....
Ya Rasullah... berikanlah aku syafaat kepadaku dan ahli keluargaku.......

Ya Allah...
sekiranya engkau berikan aku rahmat di dunia,
jangan engkau lupakan aku akan azab akhirat......

Ya Allah....
jika aku lemah...
kau kuatkanlah aku...
kau ingatkanlah aku bahawa 
Rasullah tidak pernah putus asa dalam berjuang....
Rasullah tidak pernah futur dalam menyampaikan dakwahnya.....
hebatnya Rasullah...
sahabatnya xpernah jemu meneruskan perjuangan demi mencapai syahid...



cinta pada bunga, bunga akan layu..
cinta pada manusia, manusia akan mati....
TAPI cinta pada Allah
adalah cinta yang kekal abadi.....


Andai semua orang memahami
cantik lahir bukanlah ukuran
tapi cantik hati memikat semua orang
dan yang utama adalah budi pekerti
seperti yang Rasullah Contohkan......


Ahli keluargaku yang ku sentiasa sayangi dan cintai

Friday, 13 January 2012

aku pelajar sem 3.....

......pejam celik, pejamcelik...selesai sudah aku pengajian semester 3... bulan 2 nie ak bergelar mahasiswi sem 4 plk... papepn lmbt ag kot  sem 3 nie byk ak pelajari.. pelbagai pengalaman yang ak dapat... ak jd seorg chef, pekebun, n guru yg dedikasi... cehhhhh.... sonok jgk kos yg ak belajar.. wlupun penat tp enjoy ak belajar... yg xthn byk report la kne siapkan... xmenyesal ak amik kos kh nie, mcm2 kiter blh belajar n mcm2 kita blh jd... ag best kos ak nie sbb byk praktikal... xdela boring duk dalm kelas ja... heheheh... ngntuk beb asyik dgr kuliah ja.... tiap2 mggu mcm2 jenis ak dpt belajar msk... suke umi ak nnt... pndai dh ak msk dh blh kawen dh... p kebun plk duk menanam jagung... tiap2 mggu duk berjemur p ukur ketinggian pokok, bersih batas n mcm2 la... p sedih gak, xdpt nk rse hasil jgung yg tanam tu sbb dh abih sem jgung msh xbbuah.. xpela, tnm sdri blkng umah jala.... huhuhu.... tiap2 mggu jga kami dapat men ngn enjin... bkk enjin kete ala2 kete wira tu... abh tgn hitam2 kne minyak... blh dh jd mekanik skit... "lau keta hampa mampus tgh jln, hmpa pggil cheq la naa... cheq dh besa beki2 keta nie...cheq bg diskaun free ja ngn hampa2 nih..." huhuhu.... tu la belajar dlm sem 3.. sonok sgt2... nnt masuk sem 4 len plk ak belajar...yg pntg msh ad ag msk2 sebb ak amik tumpuan makanan... x membazir ak duk beli bju chef ngn pisau2 mcm2 pisau la... "nnt p sekolah cheq mau ajaq ank2 didik cheq masak2".. huhuhu.... semoga sem nie ak dapatla keputusan yg bek n lbh bek ag dri sem lepas... hehheeh...........




nie geng2 memasak ak......kecik2kn sume...



nie hasil masakan ak yg pertama 'capati kari ayam'.. sedap wooo...


pegang cangkul pn nk posing... sb bek prof kt belakang tu xtgok...


awek2 pekebun kecil nie... ad gaya sume.... gooddddd!!!!!


mekanik gurl.... ngh baiki kerosakan kete....


mengetuk apa la tu????

Thursday, 12 January 2012

............kenangan bersamamu................

setiap pertemuan pasti ad perpisahan.. perpisahan itu mungkin terjadi oleh semua insan yang bergelar manusia.... kenangan bersamamu akan ak ingat sepanjang hidupku... kite sama-sama mengejar impian dan cita-cita yang satu.... dahulu kita sama-sama belajar, berborak, bermain, bergelak ketawa bersama... kini kita semua sudah membawa haluan masing-masing untuk belajar mengejar cita-cita... ad yang akan menjadi pegawai, engineer, guru dan ad juga usahawan.... kawan-kawan sume: sudah lame kita x bjumpa... bagaimana lah korang sekarang, adakah masih ingat ak disini yang nun jauh tercampak di negeri timur.... korang di selatan... ak teringin sgt nk blk johor semula tp masa xmengizinkan.. ak mahu melihat tempat ak dibesarkan, tempat ak bersekolah, tempat ak lepak ngn korang... rindu sgt2.... huhuhu... mau blk johor nie..... InsyaAllah, dgn izin Allah kita dapat berjumpa semula yer... mne tau pahnie ak jd seorang pendidik di sekolah lme kita.... eheheh.... 

untuk sayang-sayang ak zalikha, anis n ct... ak teringin sgt jump korang... dh 3 tahun kita x jmpa selepas ak pndh kita xjmpa dh... korang jgn lupa kenangan kita kt sekolah yang suke sgt tawaf, bercerita pantang cikgu xde.... heheheh.... tp sekarang kita dh berjaya sume... ak sonok sgt2 ngn korang... nnt len masa kita jmp tau, kita jejak kasih bersama.... 

p/s Love u n miz u ollzz........

kenangan bersamamu : ayeng, udin, azim, cikgu g, pengetua hj fauzan, zaimi, daus, nuriman, fizi
emi, haniza, kamilah, menok, izyan, jannah, zaimah, yaya, mas, 
anis, ct, chot, kamiliah, faizah, maziah, zalikha n ak......



majlis perpisahan cikgu jamilah.... 

majlis maulidul rasul......



ini cyg2 sy... zalikha, ct, anis.....