Photobucket

Wednesday 16 May 2012

BERDIRINYA AKU DISINI.... keranamu....

16 Mei, hari keramat bagi insan yang bergelar guru. Hari ini seluruh warga Malaysia akan menyambut "SAMBUTAN HARI GURU". terima kasih kepada guru-guruku yang pernah mengajar ku selama ini sehingga aku melangkah ke menara gading. yang tidak terhingga untuk kedua ibubapa ku kerana merekalah yang pertama menjadi guru aku dari aku sejak aku dilahirkan sehinggala kini. mengajarku dan mendidikku tidak pernah jemu, mengajarku erti kehidupan, dan mengingatkanku jika aku terlupa.... dielah pengetua untuk memikirkan tentang kehidupan n masa depan untuk aku berjaya.. dielah PK Hem ak yang menjdi guru disiplin tika ak membuat salah, Die juga menjadi kanselor untuk mendengar masalah ak dan menasihati aku, die jugala guru ak yang mula2 mengajar ak huruf A,B,C 1,2,3 dan menjadi sumber rujukan ak tika aku tidak tahu...jadi umi ngan abahla guru yang pertama untuk aku......time kasih abah n umi....


tibe aku di sekolah.. ak diasuh oleh seorang guru... guru yang profesional yang inginkan semua pelajarnya berjaya.. untuk bekas guru-guru ak sejak dari tadika, sekolah rendah skb,skbj,skt5 sekolah menengah smkstar, smksyp1 yang penat lelah untuk mengajarku sehingga aku berjaya.. disamping mereka mengajar mereka juga menjadi penasihat utama untuk aku.. mereka sering menasihati untuk aku belajar bersungguh-sungguh sehingga ke Universiti..aku sering berangan, suatu hari nnt ak akan menjadi seperti guru-guruku... Alhamdulillah, kini doa ibubapa, guru-guruku telah termakbul untuk aku menjdi insan yang berjaya seperti kalian. tanpa dorongan mereka, mungkin aku tidak akan berjaya bakal bergelar "sarjana muda"...kini untuk pensyarah-pensyarah ku di UPSI mereka sedang bertarun mendidik untuk menjadikan aku seorang guru yang cemerlang... tanpa guru-guruku siapalah aku disini. tanpa kalian semua siapa la aku... time kasih guru-guruku.... kegigihanmu dalam mendidik xkan kami lupakan...


untuk kawan-kawan ku yang bakal bergelar seorang guru... kita kini melangkah kearah cita-cita yang sama... menjadi seorang pendidik bangsa untuk menjadikan generasi yang cemerlang... masa terus berlalu.. dan kini kita sedang bertarung mendaki liku-liku perjalanan untuk mengenggam sarjana muda pendidikan.. semuanya bagaikan mimpi.. kita pernah menjadi pelajar... pernah menguruskan hari guru dan kini menunggu saat2 untuk bergelar pendidik... InsyaAllah.... tanpa guru siapalah kita.......


jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
jika hari ini seorang presiden sebuah negara
jika hari ini seorang ulama yang mulia
jika hari ini seorang peguam menang berbicara
jika hari ini seorang penulis terkemuka
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca....
           
Usman Awang (1979)








rakan-rakan seperjuanganku yang akan bergelar seorang guru....





No comments:

Post a Comment