Tuesday, 25 December 2012

TERISTIMEWA BUAT MUSLIMAT SEJATI

Muslimat......
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukan diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan sang kumbang untuk mendekatimu. Akan semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang???

Renungkanlah pada keindahan buanga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya memancarkan indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri berbisa itu, sang kumbangi tertunduk kaum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia terfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Muslimat.....
Akuilah setiap kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

"tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita". adakah kau mahu menjadi penyebab terhumbannya lelaki ke neraka??

Ingatlah wahai muslimat....
ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tidak tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. yang tertutup itu indah!!!! Alangkah baiknya jika memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu. 

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulamkan akhlak penuh menawan. sesunguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan yang bernama ADAM

"WANITA YANG BAIK ITU ADALAH YANG TERBAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK"

Ya Allah, jadikan kami bidadari SYURGA.......




OPP SAPER NIE?????

4 comments:

  1. so sweet darL.....i liki it.... <3 <3 .....

    ReplyDelete
  2. typo"::::: i like it ..... hihihi

    ReplyDelete
  3. ur welcome sweety...kita kenn same2 sweet...tak gtu darL...?hehe

    ReplyDelete